Resepi CheeseCake Mangga No-Bake Senang dan Sedap

Sunday, March 26, 2017

Resepi Cheesecake Mangga No Bake Senang dan Sedap

Masa balik bercuti haritu, saya sempat baking dua bijik kek. Khas buat keluarga tersayang. Hihi
Kek pertama adalah Mango Cheesecake Non Bake dan kek kedua pulak Kek Tiramisu. Alhamdulillah, dua-dua boleh tahanlah menjadi jugak.

Okey, kali ni saya nak share Resepi Mango Cheesecake Non Bake Senang dan Sedap dulu. InshaAllah, di lain entry saya share resepi Kek Tiramisu pulak. Macam biasa terima kasih dekat para master yang sudi kongsi resepi di internet ni. Kalau tak, mahunya tak merasa saya makan kek-kek macamni. Untuk kali ni, resepi yang saya pakai adalah dari Cikgu Azlina Ina. Tapi, adalaa ubah sikit-sikit tuu. Terima kasih banyak-banyak!

Resepi Mango Cheesecake Non Bake Senang dan Sedap
Sumber: Azlina Ina

Bahan-bahan:
  • Mangga - 3 bijik 
  • CreamCheese - 250gram
  • Biskut Mery - 20 keping (saya pakai separuh dari biskut mery tu, jadi taktahu berapa keping)
  • Butter - 1/2 buku (saya pakai minyak masak je)
  • Non-dairy Whipping Cream - 3/4 cawan (saya pakai 1 cawan setengah :P )
  • Gelatin
  • Gula halus - 1/2 cawan (saya pakai tiga sudu besar je)
Resepi Cheesecake Mangga No Bake Senang dan Sedap

Cara-cara:
  1. Hancurkan biskut mery. Saya letak dalam plastik dan tumbuk-tumbuk je biskut tu sebab nak suruh ada ketul-ketul sikit.
  2. Gaul biskut dengan butter yang dah dicairkan atau in my case minyak masak je sebab lupa beli butter. Uhukuhuk
  3. Masukkan ke dalam loyang yang boleh bukak tepi tu dan penyet-penyet sikit pakai sudu biar dia mampat. Kemudian, simpan sejuk.
  4. Kupas mangga (sebiji potong dadu dan dua biji lagi di'blend) - Masukkan gula dalam satu atau dua sudu dekat mangga yang diblender tu. Kalau nak cantik masukkan pewarna oren tapi saya tak buat pun sebab takde pewarna oren.
  5. Putar cream cheese dengan gula sampai sebati.
  6. Masukkan whipping cream  dan putar lagi sampailaa dia jadi kental. Tangan tu akan rasa berat dah nak pusing pemutar.
  7. Masukkan pulak mangga yang dah diblend ke dalam adunan yang diputar. Bukan semua tau, dalam lima sudu besar pun dah cukup rasanya. (Ikut seleralaa)
  8. Masukkan gelatin (yang dah dikacau dengan air suam) sebanyak 1 sudu besar setengah dan sambung kacau. 
  9. Masukkan mangga yang dipotong dadu sedikit (bukan semua), ke dalam adunan tadi dan kacau rata dengan spatula. Jangan putar dah, nanti habis hancur mangga tu.
  10. Tuang adunan ke dalam loyang yang ada biskut mery tadi.
  11. Simpan dulu dalam peti sambil kita prepare untuk mangga puree yang kita dah siap blender tadi.
  12. Masukkan gelatin (satu sudu besar dicampur dengan 5 sudu besar air suam) ke dalam mangga yang diblender. Gaul bagi rata.
  13. Masukkan puree mangga yang dah siap ke dalam loyang. 
  14. Tunggu biar nampak macam dah keras sikit lapisan mangga tadi, bolehlah tabur baki mangga yang dipotong dadu tadi.
  15. Done! (Simpanlah sampai betul-betul sejuk, baru enak dimakan~)
Kek ni jugak kami anggap Abang Irfan punya birthday cake sebab Abang Irfan punya birthday 27 March. Sambil-sambillah kan. Nak bagi anak buah happy.

Resepi Cheesecake Mangga No Bake Senang dan Sedap

Ada pulak adik saya yang menyibuk jugak dekat gambar nih. Haha. Sabor jerlaa. :P

Nak boleh tangkap gambar cake, nak kena bertarung dengan anak-anak buah dulu. Kena cucuk situ-sini dulu. Haha~

Resepi Cheesecake Mangga No Bake Senang dan Sedap

You Might Also Like

25 comments

  1. Ya Allah menarik ni Ana..terima kasih kongsi resipi ya Ana...boleh buat pencuci dan pemanis mulut ni..terbaik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kasih Kak PC. Hehe

      Delete
  2. Menggodanya cheesecake tu!!! Next recipe Tiramisu please..! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Dah banyak kali buat Tiramisu tapi tak pernah2 nak share resepi kat sini. (sebenarnya resepi selalu berubah-ubah jugak~)

      Delete
  3. Sedapnya nampak. Terliur pulak kak ana ni. 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Maaf akak. Boleh cuba buat akak, mane tau Syafi pun suka jugak. :D

      Delete
  4. puding mangga <3 yummy... ingtakan puding jagung tadi.. tak berapa suka puding jagung XD

    tahun lepas ke 2 tahun lepas tah, Misaki ada buat puding karamel.. bentuk semua cantik.. rasa je kurang sebab tak cukup gula and karamel di hangit sangat... ahahahahahhahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dua2 suka mangga ke jagung ke. Tapi, lagi suka mangga lah. Puding karamel pun suka jugak~ Eh, apa yang tak suka ni? Semua sukaaa. Haha

      Boleh cuba lagi tu, tambah gula and untuk karamel masak dengan api yang perlahan. InshaAllah jadik! :)

      Delete
  5. ehhh *cheesecake* gomen~ hehehehe :)

    kalau puding mangga pun sedap jugak an :D lapar lak tengah2 malam ni XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe, it's okeyy~ ;)

      Samelaa kita, lapar malam2 camni. Huhu

      Delete
  6. sedap pulak tengok kek yang ada isi mangga nie, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih. Kalau penggemar cheese dgn mangga memang akan suka kek ni.

      Delete
  7. terliur tengok gambar!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. Ce bagi kat kak sha sikit.. hahahaha

    ReplyDelete
  9. Wahhhh nampak menyelerakan! Rajinnya Fatihah buat kek. Nak sikit haha.

    ReplyDelete
  10. Besarnya kek xD dh lama nk try buat cuma tak terbeli cream cheese smpai skrng T.T

    ReplyDelete
  11. alamak, x rajin plak sy nak bake2 ni �� makan ja rajin ��

    ReplyDelete
  12. Nyummy!!! cheese cake memang sodap tapi kalau banyak2 muak pula,hehe. mai suka cotton cheese cake

    ReplyDelete
  13. Nyummm, nyummm, nmpk sedap betul tu, mestilah kan, dah mak sedara buat mesti dgn penuh kasih sayang.;)

    ReplyDelete
  14. Sodapnya, i like cheese hehe. Nanti nak try la kena gi cari mangga ni hehe. Thanks Ana for the idea :D

    ReplyDelete
  15. Mango cheesecake oii!! Sedap!! Hihi. Bab no bake pulak senang. hihi.

    ReplyDelete
  16. Adudududdu! sedapnya! warna akhir hasil gabungan putih dan kuning tuh memang nampak sangat menyelerakan.

    ReplyDelete
  17. aihhh sedapnya, teringin nak buat nie. :D

    ReplyDelete
  18. ana nak sekepingggggggggggggggggggggg

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)