Umrah Backpacker | Books Review

Monday, February 27, 2017

Umrah Backpacker | Books Review

Penulis: Amli Ghazali
Publisher: KEMILAU Publika
ISBN: 978-967-361-173-7
Menaiki kapal terbang, mungkin sudah biasa bagi kebanyakan orang tetapi saya dan isteri adalah manusia yang tidak pernah menaiki kapal terbang. Timbul pelbagai persoalan dan persepsi. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya menaiki kapal terbang. Ditambah pula dengan tragedi MH370..
Buku Umrah Backpacker karya Amli Ghazali ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Catatan Malaysia, Catatan Turki dan juga Catatan Madinah dan Mekah. Jadi, secara tidak langsung kita pun dapat tahu yang penulis dan isteri melakukan ibadah umrah sambil ziarah negara Turki. Bestnyaaa! 😍😍

Dalam Catatan Malaysia,penulis banyak menceritakan tentang persiapan beliau dan isteri untuk mengerjakan ibadah umrah. Daripada kursus, tiket kapal terbang dan juga keperluan-keperluan untuk melaksanakan umrah diceritakan dekat sini. Turut diceritakan juga di mana beliau membeli pakaian-pakaian untuk musim sejuk dengan harga yang murah dan berbaloi-baloi.

Pada Catatan Turki pulak, penulis menceritakan pengalaman beliau ziarah Turki dan penulis turut mengimbau sedikit-sebanyak sejarah agung Turki. Pembukaan Kota Contantinople yang diketuai oleh sebaik-baik ketua iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh dan juga sebaik-baik tentera. Sejurus setelah itulah, Kota Constantinople mula dikenali sebagai Istanbul. Allahu akbar!

Manakala, Catatan di Madinah dan Mekah pula sudah tentulah berkisar tentang perjalanan ibadah umrah penulis. Bagaimana keindahan dapat solat dan berdoa di Raudhah, mencium Hajarul Aswad, solat di Masjidil Haram dan banyak lagi.
Subhanallah, tak dapat aku bayangkan perasaan apabila dapat solat di hadapan Kaabah dan menziarahi makam Rasulullah. Pastinya, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. :')

Umrah Backpacker | Books Review

Bagi aku, buku ini turut memberikan input tentang persiapan sebelum dan semasa melakukan ibadah umrah. Namun, buku ini bukanlah bukunya sekiranya anda inginkan ilmu tentang umrah secara terperinci. Buku ini banyak menceritakan pengalaman yang dilalui oleh penulis dan dikategorikan sebagai buku travelog.

Sejujurnya, buku ini aku beli sebab aku ingatkan penulis uruskan kesemua perjalanan umrah beliau dengan sendiri dan tidak pergi dengan menggunakan agensi. Tapi, rupanya aku tersalah paham. Penulis dan isteri pergi umrah ziarah ini di bawah agensi travel yang tidak asing lagi iaitu Andalus Travel Agency.

Tapi, tiada masalah. Buku ini tetap memberikan aku banyak input dan info. Paling penting, seronok dengar cerita orang buat umrah ni. Rasa nak pergi jadi membuak-buak!

Semoga aku dan kalian semua dijemput ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Niatkan dalam hati, teruskan berdoa dan berusahalah mengumpul duit. Hihi
InshaAllah, sampai waktunya kita pulak yang akan jejakkan kaki ke sana!

Sahabat ada yang dah pergi umrah?

You Might Also Like

28 comments

  1. Kak ana memang nak sangat ke sana jika di jemputNya. Mudah-mudahan ada rezeki kita semua ye 😇

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. InshaAllah adalaa rezeki kita nanti. :)

      Delete
  2. Ya...moga waktunya akan tiba...kita menjejak bumi yang sangat didamba-dambakan...ameen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. InshaAllah, impian setiap muslim kan kak. :)

      Delete
  3. InsyaAllah moga impian sis tercapai hendakNya, bila baca pengalaman orang pergi umrah memang kita mengidam nak pergi juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat betul. Dengar pengalaman dorang pun dah cukup seronok. Inikan pula kalau mampu jejakkan kaki sendiri ke sana.

      Delete
  4. nak sangat ke umrah bila dah beljar dkt mesir ni,tp belum ada rezeki sbb tak ada mahramm nak pegi dr sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlaa memang dah dekat kan. Tapi, syarat dia memang kena ada mahram, jadi memang takleh buat apalaa. :)

      Delete
  5. Mudah-mudahan urusan kita ke sana dipermudahkan suatu hari nanti. Aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin, inshaAllah dipermudahkan semuanya. :)

      Delete
  6. baca entry ni sy tingat ex officemate yg penah ajk sy utk buat umrah backpakers... RM2500 je ms tu. sy terpaksa tolak sbb x de muhram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh! Takpe, inshaAllah nanti adalaa rezeki ke sana. :)

      Delete
  7. Mudah-mudahan kite semua dpt menunaikan umrah suatu hari nanti.. Insyaallah... Teringin sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Aminn, inshaAllah. :)

      Delete
  8. Mudah-mudahan kita semua dimurahkan rezeki untuk mengerjakan umrah.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...moga ada rezeki lagi utk ke sana..InshaAllah

    ReplyDelete
  10. Insyallah. Moga tercapai impian kita mahu menjejakkan kaki ke tanah suci. Siqah pernah dengar Andalus Travel Agency. Semua bagi good review :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kawan saya dulu pegi umrah dengan parents dia pun pakai Agency Travel ni. :)

      Delete
  11. wahh ana ulat buku ler.. nice!! kang g umrah jgn lupa ajak. lol :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulat buku yg tak up-to-date. Kihkih

      Delete
  12. i just come back from umrah a month ago. ada tulis pasal preparation umrah tp mungkin xsehebat buku ni, just sharing.

    http://jajakaktus.blogspot.my/2017/02/preparation-before-performing-umrah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah! Beruntungnya CikJa. Terima kasih share tips. Memang terbaik. ;)

      Delete
  13. moga menjadi tetamu Allah satu hari nanti .. btw CCL follow sini #1042

    ReplyDelete
  14. Teringin juga nak pergi sana. Bila baca buku ni mesti lagi teringin kan. Semoga kita semua diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke sana satu hari nanti.

    ReplyDelete
  15. akak pun teringin sgt nak buat umrah sis... every year cikgu akak buat umrah backpacker ni, lum ada rezeki dijemputNya.... biasa coz tak sampai RM5k... sbb mereka tidur di masjid, klu nak mandi ke boleh tumpang group full package... yg lain semua fokus buat ibadah....

    ReplyDelete
  16. buku yang menarik.. Membantu mereka yang dah ada perancangan dan juga yang bakal menunaikan umrah secara backpackers.. Semoga kita semua berpeluang mengerjakan Umrah.. Aamiin.. Aamiin..

    ReplyDelete
  17. Ya Allah teringinnya nak ke sana. <3 btw buku ni mmg femes!

    ReplyDelete
  18. insyaAllah, ameeen. semoga kita semua dpt mengerjakan ibadah umrah & haji 😄

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)