Penulis: Meor Farid Asyradi
ISBN: 978-967-13337-0-9
Halaman: 329 ms
Sinopsis:
Travelog Mr. Traveller adalah sebuah catatan pengembaraan rekod seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Merempuh hampir 10 000km perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket sahaja. 50 buah kereta api digunakan dalam masa 15 hari.
Buku ini berjaya menginspirasi ramai pembaca agar lebih berani mengambil risiko untuk keluar mengembara. Pelbagai tips dan panduan yang turut diselitkan oleh penulis dalam kisah kembaranya.

**************************************
Buku ini berjaya menginspirasi ramai pembaca agar lebih berani mengambil risiko untuk keluar mengembara. Pelbagai tips dan panduan yang turut diselitkan oleh penulis dalam kisah kembaranya.
Apa yang menarik minat aku dan yang aku rasakan paling rare adalah walaupun beliau dalam kesibukan dan kepenatan mengembara, tanggung jawab kepada Sang Pencipta tidak pula dilupakan. Malah, ditambah pula dengan target untuk mengkhatamkan 30 juzu’ al-Quran sepanjang pengembaraannya.
Penulis menggunakan tema “dengan lafaz basmalah aku menjelajah” kerana besarnya lafaz basmalah tersebut yang bermaksud dengan nama Allah. Sebelum memulakan misi besarnya iaitu untuk menjelajah pastinya perlu dimuliakan dengan kalimah mulia tersebut.
Penulisan yang berbentuk penceritaan ini berjaya membawa aku ke alam yang berbeza. Seolah-olah turut sama berada dalam misi pengembaraan tersebut dan melihat sendiri suasana dan persekitaran negara-negara yang dijelajahi.
Antara kisah yang terkesan padaku dalam buku ini adalah apabila si penulis bertemu dengan seorang warga Indonesia yang bernama Teguh ketika mahu ke Amsterdam. Walaupun baru dikenali ketika dalam kereta api itu, namun Teguh sudahpun berbaik hati untuk menjemput penulis tidur di kediamannya setelah mengetahui bahawa penulis hanya mahu tidur di stesen kereta api sahaja.
4 bintang!

Sesungguhnya setiap yang beriman itu bersaudara.Bukan satu sahaja kisah penulis dibantu oleh penduduk tempatan ataupun orang yang dijumpai di tempat yang dijelajahinya tetapi sudah banyak. Kisah-kisah yang lain turut diceritakan dalam buku ini. Jelajahilah buku ini, in shaa Allah pengajaran dan input yang berguna akan kita perolehi.
Al-Hujraat:10
4 bintang!
13 Comments
menarik , tertarik tapi masih tidak boleh ditarik dari rak kedai buku sebab buku byk kat rumah sabor
ReplyDeleteTertarik...menarik..
ReplyDeletehebat si penulis ni!!
ReplyDeletenice. nanti nak cari laaa.
ReplyDeletesaya pun dah baca buku nii,best :D
ReplyDelete@The Kehalusan Kelembutan
ReplyDeleteHaha. Sabor2. Nanti masa sesuai, baru tarik ye. ;)
@PeRdU cINta
ReplyDeleteHehe. Kan akak? ;)
@Khai♥Rin : anies
ReplyDeleteHa'ah. Muda lg dah terbit buku sendiri. Jeles. :P
@adiba rusli
ReplyDeleteSilakan cari~~ Hihi :D
@amira faqihah
ReplyDeleteKann. Bestbest! :D
Dah baca. Buku ni best cuma ada beberapa situasi xdpt dibayangkan mgkin sbb xpernah pergi kot .. haha
ReplyDelete@Kim Chaa
ReplyDeleteKiki. Betulbetul. :P
@ILA shafila
ReplyDeleteWaahh. Selamat mengembara ye. ;)
Bismillah. Titipkan kata-kata anda.