Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Tuesday, May 02, 2017

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Sebenarnya bukanlah seharian suntuk aku dekat  Pesta Buku Antarabangsa PWTC ni. Aku bertolak dari bilik dalam pukul 9.30 pagi. Sampai-sampai kat PWTC dah nak dekat pukul 11 pagi pulak. Lama betul ambik masa dari UIA ke PWTC. Haha

Mungkin sebab ni first time aku naik LRT ke sana. So, ambik masa sikit untuk baca signboard and tengok map LRT tu. Sambil2 tanya bro guard jugak. Haha tapi alhamdulillah takde sesat pun. 

Dekat area Masjid Jamek seram sikit sebab bila nak tukar laluan tu. Kena lintas jalan. Aku lemah sikit bab nak lintas jalan. Tapi, nasib baik ada traffic light yang kita boleh picit kalau nak lintas jalan tu. Apetah orang panggil benda tu. :P

Aku gerak sorang je dari UIA. Aku cuma janji dengan kawan sekolah menengah aku dulu untuk jumpa kat sana. Sorang dari Ipoh, sorang lagi dari Putrajaya. Semua sanggup travel demi mengejar buku. Kihkih

Okey, jomlah kita tengok kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa di PWTC untuk tahun 2017 ni. Meriah sangat ke?

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Antara booth yang paling meriah adalah booth Hijrah Indie, ramaiii sangat orang serbu buku kat sini. Haha. Aku pun sama macam naik hantu bila masuk booth ni. LOL

Aku sebenarnya pergi pesta buku ni, satu je buku yang aku duk target, Arkitek Jalanan by Teme Abdullah. Sebab buku first beliau Pelukis Jalanan memang sangat best, jadi aku memang taknak terlepaslaa beli buku ni kan. Buku lain tu, aku beli on the spot je. Maksudnya kat sana bila aku tengok, baru aku beli. 

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Ni antara gambar buku-buku yang aku sempat snap. Sikit je aku tangkap gambar sebab, entahlah tak sempat sangat nak main phone. Tak cukup tangan. Hihi

Dekat pentas utama kat sana, aku duk lalu-lalang berapa puluh kali tah. Jadi, aku sempat usya banyak jugaklaa aktiviti yang berlangsung. Antara yang paling aku excited adalah persembahan dari kumpulan Inteam. Tu pun aku stop kejap je, ambik gambar sikit lepastu sambung tengok buku.
 
Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Lepastukan-lepastukan. Aku jumpe Ana Muslimah ni. Comel, rasa macam nak peluk je. Tapi, bila pikir balik sapelaa kan kat dalam maskot tu. Nak sentuh pun aku rasa takut. Haha :P

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Seharian di Pesta Buku Antarabangsa PWTC

Eh, dapat masuk instagram @imanshoppe_official lah. Haha 

Ada sister yang jaga booth tu mintak nak tangkap gambar, nak post dekat insta. Aku cakaplah macam segan pulak. Lepastu dia suruh tutup muka dengan buku. Maka, jadilah gambar yang macamtu. :P

Dalam post ni, dua buku korang mungkin dah dapat tahu buku apa yang aku beli dekat Pesta Buku Antarabangsa ni. Tu pun kalau korang baca betul-betullah kan. Hehe

InshaAllah di entry seterusnya aku akan share buku apa yang aku beli dekat #PBKL2017 ni. ;)
Korang dah pegi ke pesta buku? Sampai 7 Mei ni je tau!

You Might Also Like

22 comments

  1. Bestnyaaaa!! Siqah pun nak beli buku Teme tu! Tapi tak sempat pergi. Tunggu kat kedai buku jela nanti. Hihi.

    Tak sabar nak tahu Fatihah beli buku apa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang laku keras buku Teme tu kak. Haha
      Macam jadi fenomena pulak. Hehe

      Delete
  2. Kak PC berpeluang pergi sekali....best...sangat best...lagi satu kalau nak cari majalah yang kita terlepas beli keluaran terdahulu pun ada...tu yang seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Saya tengok ada majalah tu dia jual 3 = RM10 jer kak. Kalau tak silap majalah Jom! kot.

      Delete
  3. Sy pernah pegi sekali time tahun 2013 x silap. Macam nak gila tengok banyak sangat buku πŸ˜‚ Rasa macam nak grab semua buku tu 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Kannn, tapi sebab duit tak banyak terpaksalaa tahan nafsu. Yang geramnya kad debit 1M xdapat lagi. Huuuu

      Delete
    2. Macam nak bergaduh dengan nafsu kan πŸ˜‚ Kalau ada kad debit tu, mesti dapat diskaun lagi banyak kan πŸ˜„

      Delete
  4. I'm a sucker for book fest especially Big Bad Wolf but pesta buku dekat PWTC dah lama tak jejak kaki. Cuma nak tanya, semua buku local author ye? Cos my friend is a huge fan of novels from our local author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Mostly memang local author. Paling murah saya jumpa untuk penghabisan stok RM3 untuk setiap buku.

      Tapi, ada je jugak buku English murah2. Ada yang saya jumpa RM10 each and 6 for RM50. Ada jugak RM30 for 5 books. Aaaaa. Pengsan kejap. Haha

      Delete
  5. Wahh seronoknya dapat pergi pesta buku. Saya pun ternanti-nati buku Teme tu. Tak sabar nak baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kankan. Tak sabar plus excited gituu. Hehe

      Delete
  6. wahh.. seronoknya! aihh tak dapat pergila sbb pergi kenduri sepupu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe2. InshaAllah tahun depan ada lagi. ;)

      Delete
  7. kenapa pula kat LRT masjid jame' tu kena melintas jalan? bukan ke ikut je lorong tu then trs naik star LRT? xpsl2 kena byr dua kali kan? ;-)

    kalau pergi mggu awal org mmg ramai... tp weekdays x ramai nak plh buku pun sng je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlaa. Mungkinkah saya tak jumpa lorong tu. Haha sebab saya main jalan je. Kiki

      Delete
  8. Kita pon teruja tgk Ana Muslimah!

    ReplyDelete
  9. akak pun pergi..tapi sebab jaga gerai, bukan shopping. tak beli apa pun..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa yeke kak? Taktau pulak akak ada jaga gerai kat sana. Kalau tak boleh cari and selpie sekali. Hihi

      Delete
  10. Bestnya semenjak ada extra beg tangan ne dah lama tak jejak ke pesta buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Extra beg tangan tu, baby ke maksudnya kak? Hihi O.o

      Delete
  11. Akak nangis tepi bucu katil.. huhuhu.. jelesnya.. akak tak dapat pergi tahun nie..huhuhu

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)

P E N G O M E N