Pelukis Jalanan | Books Review

Saturday, February 11, 2017

Pelukis Jalanan | Books Review

Penulis: Teme Abdullah
Publisher: IMAN Publication
ISBN: 978-983-24232-9-4

Buku Pelukis Jalanan karya Teme Abdullah merupakan antara buku yang aku paling suka dan seronok sangat baca. Serius! Walaupun pada dasarnya hanyalah menceritakan kisah hidup seorang anak muda yang bernama Teme, namun kesan yang diberikan pada pembaca sangatlah mendalam.

Aku sengaja simpan buku ni untuk aku baca bila dah sambung master. Sebab aku nak kalau aku rasa susah, aku akan sedar bahawa ada orang yang lagi susah dari aku. Sememangnya kehidupan Teme anak muda yang tidak kenal erti berputus asa dan paling penting sekali, sentiasa mengharapkan pertolongan Allah lebih dari segala-galanya. Teme merupakan seorang pelajar yang menuntut di luar negara, UK dengan biaya sendiri. Kau bayangkan, baki akaun banknya pernah mencecah angka sifar! Allahu.

Kesusahan yang dialami Teme bukan calang-calang. Kesusahan yang dilaluinya yang dicatatkan dalam buku Pelukis Jalanan sememangnya mampu membuatkan aku mengalirkan air mata. Teme juga pernah sehingga sebulan hanya makan nasi, telur dan garam. Sedangkan kita yang tidak pernah diuji sedemikian rupa, tapi sentiasa berkata beratnya ujian aku, ya Allah. Di mana nilai syukur kita? Bersyukurlah dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita. Alhamdulillah.

Roda itu sentiasa berputar, begitu juga dengan kehidupan kita di dunia. Teme mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka memalui bakatnya yang dikurniakan Allah iaitu melukis. Lukisannya berjaya menempah nama di instagram dan dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan.

Aku suka baca buku ni sebab cara penyampaian yang sangat santai dan aku berasa dekat dengan cerita yang disampaikan. Buku ini sungguh mengajarku untuk lebih menghargai erti syukur. Membuatku tersedar bahawa ujianku tidaklah seberat ujian yang diterima orang lain.

Buku ini juga mempunyai banyak quote yang menarik dan memberi inspirasi seperti,
Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.
Mereka yang melihat dari luaran boleh menghakimi. Kita tidak boleh menghalang manusia dari berbicara yang mereka suka. Biarlah mereka. Bukan mereka yang menentukan syurga dan neraka.
Asalkan kita tidak mengundang murka-Nya,biarlah sekalipun  satu dunia mencela. Kerana Allah bersama kita. 
Aku tidak teragak-agak untuk berikan buku ini lima bintang. Aku mampu habiskan buku ini dalam masa satu ke dua hari dengan penghayatan yang penuh. Jadi, bagi sesiapa yang belum mendapatkan buku ini sangatlah disarankan untuk baca terutama sekali jika anda merasakan bahawa kehidupan anda sangat susah dan sukar untuk mensyukurinya.

You Might Also Like

27 comments

  1. Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku.

    banyak kali kakak ulang ulang baca.. nice entri.. nanti kakak carik buku ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Quote yang sangat mendalam kan. Okey kakak. Happy reading! :)

      Delete
  2. Macam menarik je buku ni. memang pernah baca kisah kesusahan dia dekat twitter. tapi berkat kesabaran dan kesungguhan dia, akhirnya dia dah berjaya sekarang dan dah famous pun. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu. Teme memang femes kat semua media sosial kan? Hehe

      Delete
  3. Betul tu Ana. Kalau kita rasa hidup ni susah sangat,dugaan yang kita alami ni berat, jangan lupa ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Sebab tu kena sentiasa berlapang dada dan bersyukur dengan setiap yang kita hadapi 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sentiasa berlapang dada dan bersyukur. Itu yang membuatkan hati lebih tenang. :)

      Delete
  4. nurul singgah & follow sini :)
    http://www.syahirahvaliant.com/

    blog awak cantik sangat. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyouuu!
      Done followed your blog too. :)

      Delete
  5. Assalamualaikum Ana,

    Lain orang lain pengalaman hidup, susah senang kerana tak semua orang dilahirkan berkemampuan dari segi wang ringgit.. Tapi sis setuju dengan pepatah, pengalaman mematangkan fikiran.. Pengalaman tidak boleh dijual beli.. Kisah Teme boleh dijadikan pengajaran macam Ana kata, bila masa susah kita ingat ada orang lain lebih susah dari kita.. Syukur dengan nikmat dariNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, kalau seseorang itu tidak diuji dengan wang pasti dia diuji dari sudut lain pulak. Keluarga ke contohnya.. Setiap orang ada ujian masing-masing. Jadi, janganlah kita asyik duk rasa kita je ada masalah. Bersyukurlah. :)

      Delete
  6. buku ni even baca banyak kali pun tetap tak bosan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikr!! Penulisan yang hidup. :)

      Delete
  7. peluang kedua susah nak dpt. tp jika diberi peluang. gunalah dgn sebaikkannya. :) bagus buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yepp, so true! Kannnn. Hehe

      Delete
  8. tadi bukak blog kak yana pun, review tentang buku teme. ^^

    rasa bersemangat bila baca buku teme .. hehe ..

    tengah tak sabar tunggu buku baru ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tu lah. Rasanya antara yg terlambat jugak review buku nih. :P

      Delete
  9. btw, blog dah tukar baju baruuu . cantik . kemas .

    ReplyDelete
  10. bagus membaca buku begini. sekurang-kurangnya dapat input yang bagus :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Fiza. Boleh bagi kesedaran dan ilmu untuk pembaca. :)

      Delete
  11. Gini punya gaya saya pun kena beli buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang highly recommended ni! Hihi

      Delete
  12. Akak pun suka buku ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesape yang dah baca buku ni, biasanya memang akan jatuh chenta teruss! Hehe

      Delete
  13. Siqah pun suka buku ni! Penyampaian teme simple dan membuatkan kita sedar ramai orang yang lagi hebat dugaannya. Baca berkali pun tak jemu tau :)

    ReplyDelete
  14. sepatutnya buku2 mcm ni laa yg patut ditularkan bkn buku yg byk selfie plus x berilmiah...

    ReplyDelete
  15. Rasa tertarik pulak nak baca buku ni. :D

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)