Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Best

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Best
Ini bukan kek Secret Recipe. Hihi 
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Paling Best ni bukanlah bermaksud ni lah resepi kek coklat yang paling best kat dunia ni. Tapi, setakat yang saya buat kek coklat. Ni antara resepi yang paling saya sukaaa makan.

Jadi, macam biasalah. Terima kasih buat yang sudi kongsikan resepi dengan saya. Sangat2 menghargainya. ;)

Resepi Kek Coklat Moist Kukus
Sumber: Kak Azlita

Bahan A
  • 1 cwn gula pasir
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn susu pekat
  • 1 cwn minyak masak 
*Semua bahan A digaul sebati and masak atas api yang perlahan
*Biarkan dulu sekejap bila bahan dah sebati

Bahan B
  • 3/4 cwn tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
*Ayak semua bahan B

Bahan C
  • 4 biji telur (blender jer)
🌸🌻🌸🌻
  1. Satukan Bahan B dan C ke dalam Bahan A secara berselang seli dengan menggunakan senduk.
  2. Bila dah sebati, masukkan ke dalam loyang yang dah diletakkan baking paper.
  3. Kukus selama 30-45 minit (saya selalu ambik yang masa paling lama kalau kukus)
  4. Test dengan cucuk lidi dekat kek. Kalau takde melekat dah, masak dah tu inshaAllah. ;)
Chocolate Topping
  • 250 gram coklat masakan
  • 1/2 cwn susu cair 
*Masak double boiler atas api sederhana.
*Tunggu sejuk and bolehlah disiram atas kek yang juga dah sejuk.

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Best
Siappp! Ready to eat.
Sebelum makan, lagi best kalau simpan sejuk dulu. Sedap hingga menjilat jari. InshaAllah.. :)



Post a Comment

7 Comments

  1. tag

    https://belogsjm.blogspot.my/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
  2. Amboi sedapnya. Makan dgn aiskrim vanilla lagi nikmat. =)

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa tengok, resepi kita nak sama lah, hihi.

    ReplyDelete
  4. Nak save resepi ni. Nanti nak try. Hee

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..sedap ni..nak boleh...hihi... :)

    ReplyDelete
  6. akak ada byk la resepi kek coklat ohsem gini.
    tapi ntah nyer bila nak buat.
    dok beli aje utk anak2.

    ReplyDelete
  7. nak sikittt ada lg x?

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.