Negeri 5 Menara | Books Review

Penulis: A. Fuadi
ISBN: 978-979-22-4861-6
Halaman: 425 ms


Sinopsis

Seumur hidupnya Alif tidak pernah menginjak tanah di luar tanah Minangkabau. Masa kecilnya dilalui dengan berburu durian runtuh di rimba Bukit Barisan, main bola di sawah dan mandi di air biru Danau Maninjau. Tiba-tiba dia harus melintasi punggung Sumatera menuju sebuah desa di pelosok Jawa Timur. Ibunya ingin dia menjadi Buya Hamka walau Alif ingin menjadi Habibie. Dengan setengah hati dia mengikut perintah ibunya: belajar di pondok.


Buku ini saya dapat hasil dari menang pertandingan poster. Merupakan buku National Best Seller dari Indonesia dan berbahasa Indonesia pastinya.

Menceritakan bagaimana keadaan pelajar di sebuah pondok yang diberi nama Pondok Madani. Tarbiah yang cukup hebat dan sistem pembelajaran yang luar biasa. Mereka bukan hanya diajar ilmu agama bahkan ilmu pidato, sejarah dan sains turut ditekankan di sini. Pelajar juga dilarang sama-sekali menggunakan bahasa Indonesia ataupun bahasa asal negeri masing-masing kecuali untuk pelajar kelas pertama. Hanya bahasa Arab dan Inggeris sahaja yang dibenarkan untuk brbicara formal mahupun tidak.

Alif sebagai watak utama bertemu dengan lima lagi sahabatnya dan mereka ini dikenali sebagai Sahibul Menara kerana mereka gemar berbincang dan berkumpul di bawah sebuah menara di pondok tersebut. Di bawah menara itu, mereka memasang impian untuk meneroka lima buah negara. Awan-awan yang dilihat dari bawah menara itu bertukar menjadi negara dan benua yang diimpikan oleh mereka.
Man jadda wajada. Siapa yang bersungguh-sungguh pasti akan berjaya.
Satu kalimat yang mereka pegang dengan bersungguh-sungguh dalam menggapai impian masing-masing.

Turut ditampilkan dalam novel ini iaitu watak-watak yang cukup menarik hati. Watak yang tegas, berhikmah, kelakar dan pelagai lagi.

Yup. Saya cukup menyarankan anda membaca novel ini. Merasai sendiri suasana di pondok yang cukup unik dan terbaik. Penuh dengan motivasi dan inspirasi. Menjadikan kita pembaca teruja untuk turut sama mengejar impian tanpa mengenal erti putus asa!
Nilai persahabatan yang boleh membuat pembaca menangis apalagi tertawa. :)

Novel ini turut diaptasikan kepada filem. Kepada peminat filem, anda juga harus menonton sendiri filem ini. In shaa Allah, anda pasti tidak menyesal! ;)




Post a Comment

13 Comments

  1. Macam best ... nanti nak cari laah, buku ni ..

    ReplyDelete
  2. novel nih memng best dan filem dia pun sgt best! Ahlam dah tengok dan da baca... hehehehe

    ReplyDelete
  3. @Kim Chaa
    Best. Moga dipermudah proses pencariannya. Hihi :)

    ReplyDelete
  4. @Ahlam Miera Shafie
    Wow ahlam.Kita geng! Best sangat kan?! Hehe

    ReplyDelete
  5. Cr filem dulu br cr buku ;)

    ReplyDelete
  6. Aplikasikan dalam kehidupan kita man jadda wajada..

    ReplyDelete
  7. nak kena masukkan dalam wishlist ni.. heheh

    ReplyDelete
  8. @dear anies
    Kalau saya, suka baca buku dulu. Baru tgk filem. Hihi. :)

    ReplyDelete
  9. @PeRdU cINta
    In shaa Allah kak. Kata semangat nih! :)

    ReplyDelete
  10. @Fatimah Maqsurah
    Yeah! Selamat membaca deh, kalau dah jumpa nanti. ;)

    ReplyDelete
  11. Wahh....menarik jalan cerita dia ni dik..

    ReplyDelete
  12. dah lama x baca buku..asyik layan blog je..last baca buku waktu study je pastu dh lama tggal

    ReplyDelete
  13. Macam best lah! Cerita dia ada eh? nak try usha nanti..hehe

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.