Reader Problems Book Tag

Saturday, February 25, 2017

Reader Problems Book Tag

Reader Problems Book Tag is originally created by Tiffany from AboutToRead dan aku jumpa tag ini di blog Kak Siqah
Okey, sorry sis ayat atas tu pun saya copy je akak punya. Jangan marah please! Hihi

Ehem ehem, mehlaa baca dulu! 👀

#1 You have 20,000 books on your TBR. How in the world do you decide what to read next? 
Aku jarang buat list buku apa yang nak dibaca lepasni dan lepasni. Biasanya memang random dan ikut mood. Cuma, aku akan cuba balance kan apa buku yang aku baca. Contoh, kalau sekarang aku baca novel fixi, habistu aku akan cuba baca buku agama atau motivasi. Atau boleh jadi jugak aku akan baca novel English pulak. Aku jaranglah baca buku fiksyen atau non-fiksyen memanjang. Aku akan cuba selang-selikan. Hah, gitewww! 😝

#2 You are halfway through a book and you're just not loving it. Do you quit or committed?
Aku akan berusaha untuk habiskan jugak. Melainkan kalau buku tu memang takde faedah. Tapi, biasanya buku yang aku rasa nak berhenti baca biasanya buku ilmiah. Haha. So, haruslah dipaksa diri ni untuk rajin habiskan jugak bagi mendapatkan ilmu yang ada kat dalam buku tu. Satu lagi cara aku, kalau dah memang tak mampu habiskan aku akan stop sekejap dan lain waktu aku akan sambung balik. Kiranya, takdelah terus berhenti untuk selama-lamanya. 

#3 The end of the year is coming and you're so close, but so far away on your Goodreads reading challenge. Do you try to catch up and how? 
Aku akan cuba sehabis mungkin untuk capai Goodreads challenge aku. Aku target tahun ni nak baca buku 48 buah, kiranya empat buah buku sebulan. Sekarang ni aku baru baca tujuh haha. Tapi, masalah aku sekarang, buku aku yang aku bawak kat UIA ni dah habis pulak. Semua dah dibaca kecuali satu. Tapi, satu tu pulak buku siri kedua. Aku tak suka baca buku kedua tanpa baca buku pertama. Fiuhhh, aku kena pergi shopping buku!! Sobsob duit oh duit. 😢

#4 The covers of a series you love do not match. How do you cope?
Aku tak gelabah sangat. Cuma, dalam hati jerlaa duk mengumpat sikit-sikit. Muehehe. Tapikan, satu bendalaa. Aku tak suka buku cover yang ada muka orang. Memang jaranglaa aku akan beli buku cover macamtu. Melainkan kalau aku memang tahu yang buku tu memang best.

#5 Every one and their mother loves a book you really don't like. Who do you bond with over shared feelings? 
Kalau sekarang nih, I mean dekat UIA memang takde orang. Haha forever alone. Tapi, kalau dekat UTM dulu aku suka bagitahu Timah pasal buku. Tu pun certain buku je yang aku tahu memang minat dia. Paling best masa aku praktikal dulu, Hanan. Memang setiap kali waktu kami curik tulang dari office, kami akan pergi kedai buku. Kat situ jugak kami boleh menjerit kalau jumpa buku baru dan best. Lepastu duduk lama sambil baca buku terus kat dalam kedai tu sampai sorang lagi kawan kitorang naik bosan. Wehhh, rindu! Haha (tetiba duk buat curahan perasaan kat sini)

Reader Problems Book Tag
Buku di zaman muda-mudi :)
#6 You're reading a book and you are about to start crying in public. How do you deal? 
Stop kejap. Buat-buat pandang tempat lain dan tarik nafas. Then, I'll be okey. Hahah. Senang je, yang penting jangan dilayan sangat perasaan sedih tu. Kalau tak memang berkaca-kaca kat situ jugaklah jawab dia. 

#7 A sequel of a book you loved just came out, but you've forgotten a lot from the prior novel. Will you re-read the book? Skip the sequel? Try to find a synopsis from Goodreads? Cry in frustration?
Aku jarang re-read buku, tapi kalau aku lupa aku akan cuba cari balik part yang aku lupa tu. Yeah, it's a struggle. Tapi, aku mesti tahu apa yang aku dah terlupa tu. Sinopsis dekat Goodreads bagi aku macam tak membantu sangat, sebab dia sekadar sinopsis ringkas je. Biasanya, part yang aku lupa tu part yang macam mendalam sikit yang kebiasaannya memang takkan diceritakan kat dalam Goodreads. kihkih

#8 You do not want anyone. ANYONE. Borrowing your books. How do you politely tell people nope when they ask? 
Aku tak pernah tak bagi kalau orang nak pinjam. Tapi, disebabkan kalau orang nak pinjam buku aku akan diberi pesanan yang panjang berjela. Jadi, tak ramailaa yang berani pinjam buku aku. Am I too strict? Haha. Antara pesanan wajib aku, bukak buku jangan sampai 180 degree, jangan sesekali lipat muka surat, jangan bagi orang lain pinjam melainkan bagitahu aku dulu. Huh.

#9 Reading ADD. You've picked up and put down 5 books in the last month. How do you get over your reading slump?
Cari buku yang ringan-ringan dan seronok dibaca. Genre yang aku minat dan tidak terlalu ilmiah. Uhuk uhuk. Tengok booktuber dan jugak baca blog geng-geng bookworms. Stalk bookstagram, tengok gambar lawa-lawa. Fuhh, naik semangat tengok gambar depa tu! Hee

#10 There are so many new books coming out that you're dying to read! How many do you actually buy?
Being a student dan dengan duit yang sangat terbatas, daku tidaklah mampu membeli buku dengan banyaknya. Melainkan kalau musim baucer buku. Tu pun, aku akan berjimat cermat dan membeli dengan sangat berhemah jugak. Haha. Tapi, biasanya paling sikit pun dua. Satu pun pernah sebenarnya kalau waktu betul-betul poket tengah kering atau buku yang belum terbaca masih banyak dekat atas rak. 

#11 After you've bought the new books you can't wait to get to, how long do they sit on your shelf before you get to them?
Kalau buku yang memang aku nak sangat, kemungkinan untuk aku simpan dulu dekat rak adalah sangat tipis. Biasanya aku memang akan terus baca. Sebab aku terlalu excited and can't wait anymore! Kalau aku tak baca terus pun, mesti sebab ada buku yang aku tengah baca masatu. Jadi, solusinya aku akan cepat-cepat habiskan buku yang aku tengah baca tu dan terus sambung dengan buku baru aku tu. Yeahuu!

Alhamdulillah. Done doing this tag! Thanks for reading. I hope you enjoy this post. Mind to share yours? Yeah, I'm tagging all of you my beloved readers!

You Might Also Like

21 comments

  1. Hihi. Akak tak marah 😁

    Bab baca buku ilmiah tu memang rasa macam nak stop je. Hee. Tapi memandangkan buku ilmiah itu lagi banyak info berguna , so teruskan pembacaan :)

    Takutnya akak nak pinjam buku daripada ana. Hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 180 degree tu yg mahal. Kena letak sensor lah ana. Agak2 terlebih nanti ada bunyi. Hehe. Just joking 😘

      Delete
    2. Alaaa akak2, bagi canlaa kat saya sikit. Haha

      Tapi, kalau pencinta buku jugak biasanya saya percaya lebih sikit, sebab biasanya dorang pun sama je. Jaga buku macam jaga baby. :P

      Delete
  2. Dah 7 buku tu pencapaian juga Ana... Betul tu, bagi penggemar buku, lebih-lebih lagi buku beli sendiri memang susah nak bagi orang pinjam tanpa syarat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Betul sangat tu Tuan. Sebab berdasarkan pengalaman sebelum ni jugak. Buku jadi rosak bila bagi pinjam kat orang, taktau pasaipa. Hmmm, padahal dah bagi pesanan.

      Delete
    2. Ok lagi kalau dapat balik.. dulu kat asrama sampai tak tahu kemana perginya buku itu, lokasi tidak dapat dikesan... hehe

      Delete
  3. Pinjam tak pernahlah.. sebab geng sekarang tak minat sangat membaca macam akak.. so buku selamat.. hehehe.. Membeli pula semenjak dah kerja memang rajin membeli novel.. Tambah sekarang dah mudah.. semua Online je.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada duit sendiri memang seronoklaa borong buku. Tambah2 boleh beli online pulak, lagi senang. Hihi.

      Delete
  4. saya suka baca buku :) nice blog... visit and follow me: www.giftasblog.co.vu
    i'll follback u

    ReplyDelete
  5. Wahh ni mesti ulat buku ni. Mai ni dah terkena perangai malas skrg ni, lama tak membaca T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitapun ada jugak waktu terkena penyakit mala tu Mai. Hihi

      Delete
  6. skrg misi sy sorok buku. bukan sebab kedekut, tapi dah pinjam x pandai nak pulangkan. pinjam 5 buah bulan ni, bulan depan pinjam lagi. dah pinjam, nak pulangkan balik bila? sedangkan komik pun harga dekat RM10, apalagi harga sebuah novel 😒 yg meminjam plak org bnyk duit 😂 travel sana sini, tapi nak beli novel sebuah taknak plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedihnyaa macamtu. Kalau pulangkan takpe lagi, tapi kalau tak pulang2. Habislah buku kita. :P

      Delete
    2. kan, dibuat harta sendiri 😭 kalau hilangkan, x reti nak ganti

      Delete
  7. alamakkk kalau syed beli buku mesti buku tu wajib di buka 180 darjah and muka surat tu kena lipat-lipat haha. I know I won't read it for 2nd time so kena buat macam tu sebagai tanda dah baca. pelik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau buku pelajaran biasanya macamtu. Conteng2, bukak lebar2. Makin dia lusuh, makin seronok pulak sebab macam study pulunlah kononnya. Tapi, still takkan lipat buku tu.

      Delete
  8. sy suka baca & conteng buku tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 ada jugak conteng dekat isi2 penting. Takdelaa conteng sangat, pakai highlight je. hihi

      Delete
  9. kat rumah tu bykkkkkkk sgt buku. almaklum laa org keje dgn buku kan...tp kalu yg beli n habis baca boleh bilang dgn jari... honestly speaking, susah nk jumpa buku yg 'sejiwa' dgn pembacanya yg sorg ni hahahahahhaha

    ReplyDelete
  10. wahhh tersusun ja buku.bnyknyaaa.. busyra bukan peminat buku. hehe.. tp suka tngok org membaca..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)