Alhamdulillah. Syukuuur sangat bila dah siap buat medical check-up. Semalam, seharian saya duk kat hospital. Dari jam 9.40 pagi masuk, keluar pulak dah nak dekat pukul 4.00 petang. Perghhh, memang betullah penantian tu satu penyeksaan. Haha
Saya dah ke hospital kelmarin, tapi kena buat appointment dulu. So, semalam lah baru boleh buat medical check-up. Ramai sungguh orang. Lepas ambik nombor dekat kaunter and isi borang tunggu kejap then buat bayaran. RM20 untuk buat medical checkup ni.
Lepastu, pegilaa buat X-ray, urine test and check mata,tinggi apa semua tu. Last sekali nak jumpa doktor. Part yang nak jumpa doktor ni lah paling lama kena menunggu. Yang sebelum2 tuu smooth je perjalanannya. Kihkih.
Dari jam sebelas lebih sampai pukul tiga lebih baru dapat masuk bilik doktor. Padahal kejap je nak jumpa doktor. Nak buat macam mana kan, ramai sungguh orang kat hospital. Mesti doktor pun berganda-ganda jugak penatnya nak jumpa ramai patient yang pelbagai karenah ni. Hihi. Terima kasih buat doktor-doktor dan nurse-nurse yang bekerja dengan seikhlas hati membantu pesakit-pesakit.
Apapun, alhamdulillah. Sehat semuanyaa. Syukur ya Allah atas nikmat kesihatan yang Kau berikan pada hambaMu ini.
Moga nikmat ini digunakan dengan sebaiknya dan sentiasa disyukuri. Ayuh sama-sama ucapkan alhamdulillah. Bersyukurlah.. :)
10 Comments
Alhamdulillah atas kesihatan yg baik ye Ana
ReplyDeleteAlhamdulillah :)
ReplyDeletekita yg penat tunggu pun kadang hilang sabar inikan pulak doctor n nurse yg non stop layan karenah pesakit... lagi lah stress kot..tahniah kpd mereka kerana kesabaran mereka.
ReplyDeleteAlhamdullilah for your good health ana :)
ReplyDeleteNak buat medical check up jugak this year :)
alhamdulillah :)
ReplyDeleterajinnya pergi medical check up
ReplyDeletebuat medical checkup kat hospital memang lambat. len kali kalau nak cepat sikit, boleh try buat kat klinik2 luar2 ni. sat ja siap Insyaa Allah... :)
ReplyDeleteHm.medical checkup utk apa tu
ReplyDeletesinggah sini bt promosi nicereload.com
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDeleteBismillah. Titipkan kata-kata anda.