Aku Budak Master!

Aku Budak Master!
Gambar diambil ketika sesat cari main auditorium. >_<
Alhamdulillah, daftar dah sudah. Masuk asrama pun dah sudah. Sekarang tunggu nak masuk kelaslaa pulak. Almaklumlah, aku ni buat coursework tak buat research. So, masih perlu attend kelaslah walaupun dah bergelar pelajar master. :)

Aku daftar 18 Januari haritu. Ma, abah and adik aku hantar. Lepastu, 19hb terus ada exam English, EPT test. Aku pun tak sure nama panjang dia apa. Hehe
Doakan aku dapat band 6! Sebab syarat untuk kos aku ni adalah band 6 ye tuan2 dan puan2. Risau sebenarnya. Result keluar esok. Takutnyaaa. Fuuu fuuu~

Lepastu, takde nak buat apa kat kampus ni. Aku pun baliklah rumah kakak aku 20hb tu. Ma, abah dan adik aku pun ada lagi kat rumah kakak aku. So, sempatlaa jumpe lagi sekali. Hehe. Aku duk sana sampailaa hari ni aku datang balik kampus atas urusan medical check-up. Walaupun aku dah buat haritu, datang sini kena jumpa lagi doktor. Naseb tak kena tunggu lama macam haritu. Kalau tak menangis tak berlagulaa aku.

Next, 26hb ni pulak ada talk mengenai kos yang akan aku ambik ni. Kemudian cuti raya Cina. Yeayyy! Aku ingat nak balik. Tapi, tengoklaa dulu cemana. Harap semuanya dipermudahkan.

Hari mula-mula mendaftar pedih jugak rasa bila semua benda sorang2. Sebab degree dah biasa reramai dengan geng jemass kan. Hehe. Rindulaa korang! :')
Tapi, takpelaa. Sekarangpun, aku dah mula kenal beberapa kawan baru. Tapi still kalau ke mana2 banyak sorang2. Alhamdulillah jugak sebab aku masa dekat degree selalu jugak jadi lone ranger. Cuma, sedikit masalah adalah aku ni jenis homesick. Biasanya, bila homesick datang aku akan borak dengan member2, gelak2 biar lupa sikit rasa tu. Duk kat sini, terpaksalaa aku hadapi dengan gagah dan cuba selesaikan dengan cara lain. Kihkih. #muslimatQawwiy

Jadi, itulah serba sedikit diari aku sebagai budak master yang baru je nak bermula ni. May Allah ease everything. Semoga langkah yang aku ambil untuk terus menjadi penuntut ilmu dipermudahkan. Sungguh, ilmu Allah itu luas. Kita takkan pernah berhenti dari menjadi seorang penuntut ilmu. Belajar dan terus belajar!

Aku belajar kat mana? Tengok gambar kat atas dah boleh tau kot. InshaAllah ada masa dan kerajinan aku cite lagi. :)
Till then.
Assalamualaikum.



Post a Comment

18 Comments

  1. tahniahhh ! :D nanti ceritalah ambil master apa ye :D semoga terus berjaya untuk ummah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah nanti kita citer eh.. ;)

      Delete
  2. Tahniah ana sambung master :)

    Siqah nanye tak tahu U apa berdasarkan gambar. Hehe. Tapi takpelah. Nanti cerita eh. Hehe.

    Mula2 biasa takde kawan lgi. Nanti lama2 mesti ramai dah kawan kat sana. Kalau jumpa kawan yang satu kepala sure lagi best!

    Good luck in ur master 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Lepasni mesti akak akan tahu. ;)
      Thanks kak!

      Delete
  3. akak x pernah pergi situ... UIAM ke tu sis.... apa pun all the best yer!

    ReplyDelete
  4. Masters memang tak semeriah zaman buat degree .. Good luck anyway! Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dengar orang cakap pun memang camtu. Huhu. Amiin. :)

      Delete
  5. Langkh baru..dunia baru..ilmu baru..moga terus istiqhomah dalam setiap niat menuntut ilmu keranaNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. InshaAllah kak, kena sntiasa tajdid niat. :)

      Delete
  6. EPT stand for English Placement Test :') Goodluck! I'm here too by the way hiks tapi baru degree ._.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi. Thanks! Ouhh, hi senior! Mintak tunjuk ajar, saya bdk baru~ ;)

      Delete
  7. tahniah.... gud luck untuk master! :)

    ReplyDelete
  8. Tahniah .. hehehe. semanagat sambung master, yana takat degree dulula

    ReplyDelete
  9. dkt sgt tu...nnt sy dtg melawat ya... tp nk dkt2 time exam laa ye br best release2 tensen sambil tu berbual2 kosong hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Boleh kak.. InshaAllah. Bawak makanan sekali ye. Haha gurau2~ :P

      Delete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.