Trilogi #AJAIB | Books Review

Sunday, March 13, 2016

Penulis: Syafiq Aizat
Publisher: FIXI

First buku yang aku beli adalah AWAN. Bila aku tengok, rupanya buku AWAN tu adalah buku kedua. So, aku tahan dulu nafsu aku untuk baca buku tu sampaila aku jumpa buku pertama iaitu AJAIB. Sebabtu lah cover untuk buku AWAN tu beza dengan buku AJAIB dan AKSARA.
Lepastu, barulaa aku boleh baca dengan happy ever after~ Ehh? Tetiba. -_-

Okey, ketiga-tiga buku ni sangat menarik bagi aku. Tapi, aku rasa yang paling best buku kedua which is AWAN. Kalau kau nak baca yang seram-seram sikit maybe buku first adalah yang terbaik.

Ketika-tiga buku cerita pasal budak yang ada six sense. Dalam buku AJAIB, budak rambut selerak nama Izat sebagai watak utama. Dia ada kelebihan boleh nampak hantu. Dengan kelebihan dia nih, dia banyak bantu kawan-kawan dia. Walaupun dia seorang yang nampak tenang dan matang dari usia, dia sebenarnya selalu tertekan dengan kelebihan yang ada pada dia. Kesian kan?
Sampai satu hari dia jumpa sorang budak nama Fa'iq. Budak tu cakap something kat dia, sampai buat dia rasa lagi tenang. :)
Tanpa kegelapan, kita takkan nampak bintang.
Budak Fai'q ni jadi best friend Izat pada buku kedua iaitu AWAN. Rupa-rupanya si Fa'iq ni pun ada six sense jugak. Dia boleh baca fikiran orang, sebabtu dalam buku first dia boleh tahu Izat tu boleh nampak hantu. Fa'iq jugak boleh nampak imej hantu yang Izat nampak, sebab Fa'iq kan mind reader. Dalam buku ni, dorang banyak mennyiasat untuk merungkaikan persoalan2 yang berlaku pada Izat sampai semuanya terjawab. Lepas semua terjawab, ada satu benda yang Fa'iq tak pernah jangka berlaku pada Izat..

Last but not least, pada buku ketiga iaitu AKSARA Fa'iq jumpa lagi ramai budak2 six sense. Dia pun pelik macam mana boleh ramai sangat budak2 six sense yang wujud kat dunia ni dengan 'kuasa' yang berbeza-beza. Hanya enam orang yang boleh ada six sense, jika muncul 'kuasa' yang baru, salah seorang akan mati? Betul ke teori tu?
Izat. Betul ke 'kuasa' dia boleh nampak hantu? Semuanya hanya terjawab dalam buku AKSARA.

.

So far, buku ni menarik. Bila baca, rasa nak terus dan terus membaca. Sebab banyak sangat persoalan yang perlukan jawapan. Bukan cerita klise yang pastinya. Haha. So, sape yang belum baca lagi dan sukakan buku yang ada kelainan. Ketiga-tiga buku ni are highly recommended!

Btw, buku ni khas untuk pembaca matang sahaja. Siap ada tulis kat cover buku. Haha
Eh, korang dah baca ke buku2 ni? ;)

You Might Also Like

22 comments

  1. qila pnh bc satu je buku fixi :((( nnt lah qila nk beli ihihihi tp kita kalau terbeli buku num 2 kan sumpah tak bc langsung sampai la dpt num 1 kan hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Samalaaaa~ Nanti xpuas hati.

      Delete
  2. Ziarah kembali... Rajinnyaaa membaca :D Saya ni kalau buku tu ceritanya bersambung2, rasa malas terus nk baca. Haha! Tak patut betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jgk perasaan tuh. Tapi, sebab haritu dah terbeli buku kedua. Trpaksalaa beli ketiga2. Haha :P

      Delete
  3. entah kenapa sampai sekarang masih belum baca buku fixi ni. susah nak dapat kat sini. kalau dpt pergi kb pun, buku fixi yang nak beli dah takde :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabarlaa ye. Cer cari kat SMO, biasa banyak stok klau kat situ. :)

      Delete
  4. dah baca ajaib & awan tapi yg aksara tu baru tahu ada sambungan T_T SAKIT.HATI.GILA. hahaha & yg paling buat sakit hati cover depan dua2 buku yg first tu sy beli yg cover lama. tsk tsk. tengah nak tahan nafsu je lah skrg sbb bajet kurang sikit kalau tak dah lama beli aksara tu :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Sabar2~ Tu lah tgk2 cover baru siap bersambung lg dari first hingga ketiga. Grrrrr. :3

      Delete
  5. Assalamualaikum, ingat nak baca jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'salam.. Silalaa~ In shaa Allah tak rugi. :D

      Delete
  6. menarik cerita dari tiga2 buku ni... mmg x cliche sgt kann...

    ReplyDelete
  7. salam tak pernha baca buku fixi , nak baca jugak , tapi sabala dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku Fixi penulisan dia agak bebas. Mungkin ada jugak yg kita perlu tapis. Tapi, buku Fixi elok untuk buat kita berfikir. :)

      Delete
  8. Replies
    1. Hehe. Best jugaklaa awak! :D

      Delete
  9. ajaib tu saya ada.. haiyaa bila la nak sambung.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kalau tak smbung, xpuas baca sparuh jalan.. hihi

      Delete
  10. buku last sekali tu belum ada rezeki lagi nak baca, huhuhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti jumpalaa tu in shaa Allah. ;)

      Delete
  11. Ala.. nie yang stress nie..
    akak dah beli ajaib tapi belum baca..
    bila baca review nie memang nak cari awan dan aksara r baru syok baca..
    wah...

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan nasihat anda. :)