All The Best To All SPM Candidates!

Pagi itu aku cepat-cepat menelefon ke rumah.
Memohon kemaafan dan restu dari ayah bonda.

Lalu, aku dan sahabat-sahabat  menuju ke dewan makan.
Usai bersarapan, kami terus bergerak ke kawasan sekolah.
Tidak terus naik ke dewan, tetapi berkumpul di court badminton.
Court yang berada di tengah-tengah bangunan sekolah.

Terus, kami bersama-sama mengaminkan doa yang dibaca oleh wakil pelajar.
Masing-masing berdebar-debar.
Ketika itu, doa kami penuh kekhusyukan.
Meminta dengan penuh tawadhuk kepada yang Esa.
"Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammin bil khoir."

All The Best To All SPM Candidates!

Begitulah aku,lima tahun yang lalu. Tahun 2010.
Hari ini giliran adik bongsuku pula yang berjuang untuk masa depannya. Tahun 2015.
Semoga kejayaan milikmu, dik.
Dan juga milik semua calon SPM yang lain.
In shaa Allah.
Apabila kamu sudah membulatkan tekad, maka berserah dirilah kepada Allah.
[Ali-Imran:159]
All The Best To All SPM Candidates! 


Post a Comment

4 Comments

  1. all the best utk semua calon2 spm

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan dan diterangkan hati calon spm, sepupu saya pon ambik tahun ni

    ReplyDelete
  3. Selamat maju jaya untuk semua calon SPM.. ;)

    ReplyDelete
  4. Good luck untuk semua calon SPM..

    ReplyDelete

Bismillah. Titipkan kata-kata anda.