Terima Kasih Sahabat. :')

Bismillah.

Sahabat Tahniah kerana kau berani. Tiada istilah kalah dalam perjuangan ini. ALLAH menilai usaha mu bukan hasilnya Tegas dirimu mempertahankan hakikat kebenaran di tengah- tengah kejahilan manusia. Cekal dirimu bermahkotakan keimanan, saat insan sekeliling melontarkan kencaman Maafkan aku sahabat Andai tidak mampu membantumu, apatah lagi berdiri sebaris denganmu diri ini terlalu lemah untuk menjadi seteguhmu. Namun, ku berjanji sahabat. Untuk terus berdiri di balakangmu, Menyokong setiap langkahmu Kerna ku yakin, engkau berjalan dengan syariat. Engkau berhujan dengan kebenaran kalamullah.
Sahabat Engkau harus sentiasa kuat, Dan doakan aku juga menjadi kuat. Perjuangan ini memerlukan amilin yang tegar. Bukannya mudah rebah.
Sahabat, Yakinlah pada janji RABBI, Islam pasti tertegak di muka bumi Meski bukan hari ini saatnya akan tiba nanti. Pada waktu kau dan aku bersedia Pada waktu kau dan aku hampir denganNYA. ALLAH Maha Mengetahui, kita belum mampu memimpin bumi.
#Nukilan dari seorang sahabat saya sempena dengan PRK dan juga hari lahir saya. Siti Zubaidah, jazakillah awak! :')
Subhanallah. Terima kasih sahabat. Sungguh, aku cukup bertuah mempunyai sahabat sepertimu. Sahabat yang sentiasa mengingatkanku pada Tuhan yang satu.


Post a Comment

0 Comments